SUMBER RUJUKAN MAKLUMAT

SUMBER RUJUKAN MAKLUMAT

Sahabat PSS

Wednesday 10 May 2017

Warga SKHBD Raikan Hari Keluarga Di Pantai Iftitah Belawai (10 Mei 2017)

1.0   PENGENALAN
Hari keluarga SK Hijrah merupakan salah satu aktiviti  bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru-guru .Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari keluarga  ini juga merupakan salah satu cara untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan ,guru-guru dan ibubapa. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga Hijrah.  Antara pengisian  ini meliputi aspek kerohanian dan sukan.

2.0   OBJEKTIF
2.1Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang.
2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf, guru-guru dan ibubapa amya.
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3.0   TEMPAT DAN TARIKH
Tempat                  :  Iftitah Restoran & Resort Belawai
Tarikh                   :  10 Mei 2017 (Rabu)
Masa                     : 0900 - 1630

4.0   SASARAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah di kalangan guru dan ahli keluarga.

5.0   JUMLAH PESERTA
Jumlah peserta adalah seramai 87 orang  termasuk anak-anak.

6.0   PENGISIAN PROGRAM
. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
1)      Petanque
2)      Bola Tampar Pantai
3)      BBQ
4)      Pinball
5)      Pengisian minda.

6)      Membina Istana Pasir (anak2)
7)      Berenang dalam kolam (anak2)

Tahniah buat semua kerana menjayakan program ini. (Kredit buat Cgu Arif, Cgu Mohd Khalil, Cgu Rowena, Cgu Nur Salihah, Cgu Kamariah, Cgu Rekha, Cgu Ngo, CguAfifah, Cgu Mohd Firdaus, Cgu Mohd Fitri....)

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA GURU....LAIN KALI KITA BUAT LAGI.

Teruskan Kecemerlangan ....HIJRAH BOLEH.....SEIRING KITA HAMPIRI BINTANG