1.0 PENGENALAN
Hari keluarga SK Hijrah merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua
guru-guru .Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan
sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari keluarga ini
juga merupakan salah satu cara untuk untuk menyatukan dan meningkatkan
kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan ,guru-guru dan ibubapa.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan
satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga Hijrah. Antara pengisian ini meliputi aspek
kerohanian dan sukan.
2.0 OBJEKTIF
2.1Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru untuk
melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang.
2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan
mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf, guru-guru dan ibubapa
amya.
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati
dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.0 TEMPAT
DAN TARIKH
Tempat : Iftitah Restoran & Resort Belawai
Tarikh : 10 Mei 2017 (Rabu)
Masa :
0900 - 1630
4.0 SASARAN
PENYERTAAN
Penyertaan adalah di kalangan guru dan ahli keluarga.
5.0 JUMLAH
PESERTA
Jumlah peserta adalah seramai 87 orang termasuk anak-anak.
6.0 PENGISIAN
PROGRAM
. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
1) Petanque
2) Bola
Tampar Pantai
3) BBQ
4) Pinball
5) Pengisian
minda.
6) Membina
Istana Pasir (anak2)
7) Berenang dalam kolam (anak2)
Tahniah buat semua kerana menjayakan program ini. (Kredit buat Cgu Arif, Cgu Mohd Khalil, Cgu Rowena, Cgu Nur Salihah, Cgu Kamariah, Cgu Rekha, Cgu Ngo, CguAfifah, Cgu Mohd Firdaus, Cgu Mohd Fitri....)
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA GURU....LAIN KALI KITA BUAT LAGI.
Teruskan Kecemerlangan ....HIJRAH BOLEH.....SEIRING KITA HAMPIRI BINTANG