SUMBER RUJUKAN MAKLUMAT

SUMBER RUJUKAN MAKLUMAT

Sahabat PSS

Wednesday 26 April 2017

Program Ilmu Sahabat Astronomi Anjuran Planetarium Sultan Iskandar Sarawak (26/04/2017)

Terima kasih atas ilmu astronomi yang telah disampaikan kepada para pelajar melalui pelbagai teknik dan alatan yang amat merujakan serta menarik perhatian pelajar untuk terus mendalami ilmu ini pada masa yang akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan program tersebut. Credit untuk semua tenaga pengajar (abang dan kakak) daripada Pusat Planetarium Sarawak. 


Pengenalan
Kem Sahabat Astronomi adalah lanjutan daripada Kem Astrophilia yang membawa maksud persahabatan astronomi. Ia adalah untuk memupuk semangat persahabatan di antara pelajar-pelajar sekolah, di samping mempelajari astronomi dan sains angkasa di dalam suasana kerjasama dan keseronokan.

Objektif
  • Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi telah wujud di dalam kehidupan manusia sejak beribu tahun dahulu 
  • Untuk memberikan pendedahan bahawa ia boleh dipelajari dengan mudah dan menyeronokkan Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja dan dengan santai
  • Untuk meningkatkan persahabatan sesama pelajar dan antara sekolah di bawah nama sains
  • Untuk meningkatkan kerjasama penganjuran aktiviti berkaitan astronomi dan sains angkasa pada masa akan datang
  • Untuk memberi kesedaran bahawa menguasai astronomi dan sains angkasa merupakan salah satu daripada identiti negara maju























Wednesday 19 April 2017

Karnival Bahasa Peringkat Daerah Daro

19 April 2017 (SK Hijrah Badong Daro)
Keputusan Pertandingan yang melibatkan peserta sekolah :
Johan - Asean Song Tahap 1
Naib Johan - Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 (Zahhin Hafizi Kadir)
Keempat - Bercerita Bahasa Inggeris Tahap 2 (Haziq Morshidi)









Johan Festival Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Mukah 2017

18 April 2017 (Dewan Masyarakat Oya)