Pengenalan
Kem Sahabat Astronomi adalah lanjutan daripada Kem Astrophilia yang membawa maksud persahabatan astronomi. Ia adalah untuk memupuk semangat persahabatan di antara pelajar-pelajar sekolah, di samping mempelajari astronomi dan sains angkasa di dalam suasana kerjasama dan keseronokan.
Objektif
- Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi telah wujud di dalam kehidupan manusia sejak beribu tahun dahulu
- Untuk memberikan pendedahan bahawa ia boleh dipelajari dengan mudah dan menyeronokkan Untuk memberi kesedaran bahawa astronomi boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja dan dengan santai
- Untuk meningkatkan persahabatan sesama pelajar dan antara sekolah di bawah nama sains
- Untuk meningkatkan kerjasama penganjuran aktiviti berkaitan astronomi dan sains angkasa pada masa akan datang
- Untuk memberi kesedaran bahawa menguasai astronomi dan sains angkasa merupakan salah satu daripada identiti negara maju
No comments:
Post a Comment