Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
- Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.
- Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
- Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun.
- Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
- Jangan berkongsi berus gigi.
- Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang
Makan secara sihat :
- Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.
- Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
- Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi.
Pemeriksaan pergigian secara berkala :
- Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
- Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
- Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
No comments:
Post a Comment